//Joah
Nisa'

Saturday, February 9, 2013 @ 1:16 PM | 0 Comment [s]


Nisa' bermaksud wanita atau perempuan. Hmm... Kenapa tajuk dia macam ni? Okay, hari ni Fiqah nak share tentang betapa istimewanya wanita ini.

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda," Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."
 
2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh. 

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga. 

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. 

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. 

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga. 

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu. 

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. 

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab. 

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya. 

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya." 

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki. 

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun). 

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan. 

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. 

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya. 

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan. 

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT. 

Haa? Nampak tak betapa banyaknya kelebihan kita wahai nisa'? Sebenarnya ada BANYAK lagi kelebihan kaum nisa' ini. And satu lagi. Ada surah dalam Al-Quran yang dinamakan surah An-Nisa' (سورة النساء) yang bermaksud wanita. Betapa istimewanya kita...    

So itu sahaja untuk entry kali ini :)
Assalamualaikum 




Senior Year :D

Saturday, January 12, 2013 @ 2:20 PM | 0 Comment [s]


Hello guys! Updating from CC Hutan Melintang. Haha! Next year rasanya dah tak akan menjejakkan kaki ke sini. Huu... Senior year beb. SPM, SPM...

So, hari Isnin hari tu ada intake for Form 1 students untuk sesi 2013. They are adorable I know... But they are damn rude! Boleh pulak budak-budak tu langgar Fiqah masa ambil makanan dekat Dewan Makan. Nasib tak tumpah je kuah kari tu. Kalau tak, mandi kari la diorang. They also cut the queue, being rude to the seniors, frowning instead of smiling at us!

Tapi junior dorm sebelah baik. Orang Puncak Alam, of course lah baik XD Eei, perasannya! Haha... Excited kodd orang sama tempat datang. Ingatkan nak ajak dia outing hari ni. Dia ada program pulak. Biasalah, new students. Ada minggu orientasi. Dekat SABDA we call it Minggu Silaturahim or MSR. Masa tu lah nak ragging habis. Bukannya orang tahu tu ragging sebab dia nampak macam program biasa je. Padahal... Hehehe...

Homework menggunung, nota membukit, komitmen bertambah tapi usaha... Rasanya baru sebonggol. Sedihlah... I must remind myself this year kena serious! SERIOUS SERIOUS SERIOUS! Dan tiba-tiba GD berkata...


Okay, tak lawak... Bulan 4 dah berhenti softball. Tapi still kena practice debate for HKSBP. Huihh! Tension pun ada. Tapi tu semua untuk markah ko-ku. Kalau tak, takut universiti kat Malaysia tak sudi amik Fiqah yang memang sedia ada tidak begitu pandai.

Nak cakap apa lagi aa? Takde kodd. Nak pergi Pustaka Chiew beli diari and pergi Billion beli PAMA :3

XOXO, Assalamualaikum :)


Happy New Year 2013

Tuesday, January 1, 2013 @ 12:51 AM | 1 Comment [s]


Dong Woo baby... Stop goda aku boleh tak?!!


Selamat Tahun Baru Masihi. Hmm... Umur dah bertambah. Amalan? Sedih sungguh. Harap tahun ni akan jadi lebih baik dari tahun lepas. And azam tahun baru pun kena tunaikan... And... In less than a few hours, Fiqah akan berada di sekolah. Ya Allah! Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru last week cuti. Huu... I'll miss my baby Dong Woo so much. Take care sweetheart :)

Alhamdulillah baju and semua benda dah siap packing. Lega rasa tengok barang-barang nak bawak sikit je. Semua dah ready dekat living room. Esok tinggal masuk dalam kereta only. Mama tanya, esok nak makan apa for lunch. Of course nasi ayam! Sedapnyaa... Lagi-lagi mama masak. Nak harap Fiqah masak, berkecah dapur tu. Lagipun nak angkut barang masuk kereta. Manyak kerja woo...

Bateri phoneee dah hampir-hampir mati. Kejap lagilah baru charge... 

So, dah tak ada apa-apa nak cakap. Happy New Year sayang 
Assalamualaikum:)



Older Post
Cheerio :D


Wiggle wiggle wiggle~


Nav Bars!


Diary About Stuff Site


WORD BOX




TWEEDLEDEE


Ya, Yi, Yo, Ye